Thursday, October 29, 2009

Projek Baru Yasmushroom

Asaalammualaikum

                                  Dengan keizinan Yg Maha Esa Lagi Maha Agung, Yasmushroom kini mencuba satu lagi projek dalam usaha untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan keluarga dan masyarakat setempat. Yasmushroom kini menjalankan perusahaan membuat kerepek pisang. Kerepek pisang dipasaran kini masih lagi tidak mencukupi dan terhad. selain menambah pendapatan keluarga Yasmushroom juga menolong menambah pendapatan orang2 kampong disekitar bota dan perak tengah yang mempunyai tanaman pisang.

Dengan bermodalkan kurang dari RM500 untuk membeli peralatan membuat kerepek pisang yang amat SEDAP sekali dan beroperasi selama Dua Bulan setengah Yasmushroom telah mendapat pulangan yg membanggakan.
Dengan pemintaan yg banyak dari hari ke hari Yasmushroom mencuba sebanyak dan sebaik yg mungkin, ini disebakan prosess membuat kepingan kerepek pisang secara manual amat pelahan dan perlu berhati-hati ketika menyagat pisang di atas GAROK (penyagat)
Produk ini telah di pasar kan di sekitar Bandar Teknologi , Bota Kanan/kiri ,dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.
                                       Kini untuk tempahan pada hari Raya Aidiladha yg tidak lama lagi ini, Yasmushroom telah mendapat sambutan yang amat memeranjatkan , Yasmushroom akan buat sebaik mungkin untuk para penempah yg percaya pada produk Yasmushroom yang TERAMAT SEDAP ini. Jika diizinkan ILLAHI produk ini akan menemui anda di  tempat anda insyaallah (doa 2 kan ye).


                  Sekiranya berminat untuk menempah, boleh lah hubungi talian Yasmushroom di sebelah kanan skrin anda dan kalau nak rasa dulu boleh datang di alamat yg tertera disebelah kanan anda juga. atau beli je di kedai yang mempuyai label ini :-
                                                Perusahaan Kerepek YAS
                                          Tel :012-9523557 / 019-2480785
                                                    Ext. Date :...................
Sekarang cerita bab cendawan pulak ..
                       sekarang ni harga cendawan dipasaran agak turun sedikit . Harga borong dan turun 0.05sen/100gm , sumba maklumat ini dipeolehi dari pemborong pasar besar dan pasar malam di sini.Bagaimana pun Yasmushrom masih lagi menjual cendawan tiram kelabu dengan harga berpatutan pada para pemborong2 cendawan.dan pada peniaga2 kecil mengikut keadaan semasa.
        Diharapkan harga bagi cendawan tiram kelabu dipasaran dapat megekalkan harganya yg stabil dari semasa ke semasa.